Isnin, 10 November 2008

BIODATA RASUL (SAW)

BIODATA RASULULLAH SAW


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAWBIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin HashimTarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-MukarramahNama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin HashimNama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul ManafPengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)USIA 5 TAHUNPeristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.USIA 6 TAHUNIbunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.USIA 8 TAHUNDatuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.USIA 20 TAHUNTerlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertaipeperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..USIA 25 TAHUNBermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.USIA 35 TAHUNBanjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah. Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.USIA 40 TAHUNMenerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.USIA 53 TAHUNBerhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.USIA 63 TAHUNKewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam'ahAisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)Zainab Binti JahsyMaimunah Binti HarithSafiyah Binti Huyai bin AkhtabZainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)ANAK-ANAK RASULULLAH SAW1. Qasim2. Abdullah3. Ibrahim4. Zainab5. Ruqaiyah6. Ummi Kalthum7. Fatimah Al-Zahra'ANAK TIRI RASULULLAH SAWHalah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAWIBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN1.. Thuwaibah1. Hamzah2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad1. Halimah Al-Saidiyyah1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza3.. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'UzzaBAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)1. Al-Harith2. Muqawwam3. Zubair4. Hamzah ***5. Al-'Abbas ***6. Abu Talib7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)8.. Abdul Ka'bah9. Hijl10. Dhirar11. Umaimah12. Al-Bidha (Ummu Hakim)13.. 'Atiqah ##14. Arwa ##15. Umaimah16. Barrah17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam)
*** Sempat masuk Islam.## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Tiada ulasan: